Tuesday 12 November 2013

Saya Tunggu Awak - Bonda Nor

 
ALHAMDULILLAH, saya sudah selesai membaca novel Saya Tunggu Awak
Siapa tunggu siapa. Tunggu di mana. Pastinya itu persoalan yang menerjah fikiran apabila melihat tajuk buku ini. Sesungguhnya, sebuah buku kecil ini mempunyai kisah satu dunia yang besar. 
Dunia kehidupan berkeluarga dan berumahtangga, dunia kerjaya yang pelbagai bidang, dunia korporat dan kewangan, pemilikan rumah dan perniagaan, dunia pelajar dan alam menuntut ilmu, dunia kaunseling serta aktiviti kebajikan dan sosial. Dunia yang berbagai-bagai, bolehlah dihayati sendiri dengan membaca buku kecil setebal 633 muka surat yang sangat besar maknanya ini.
Turut dipaparkan sebagai cerita, erti sebuah  persahabatan dan persaudaraan, kisah anak dan menantu, kisah kejiranan, sketsa kehamilan & kelahiran, dunia keibubapaan, percintaan dan pertunangan, perkahwinan dan penceraian, termasuk juga hal-hal berkait perundangan dan mahkamah. Kisah kehidupan berputar tentang penjagaan orang tua dan dunia kanak-kanak tidak dilupakan.
Disajikan juga kisah pelbagai konflik, cabaran dan ujian termasuk juga cerita-cerita perjuangan dan peperangan. Sudah semestinya hiburan dan rekreasi turut diselitkan. Isu semasa yang berkisar tentang tajuk akhbar dan rancangan televisyen juga tidak lupa diketengahkan oleh penulisnya, Bonda Nor.
Dengan pelbagai watak yang yang mendokong kisah, Ustazah Hanna Mardhiah menjadi topik utama. Individu cerdik yang solihah, dihiasi rupa paras yang cantik merupakan pakej yang sangat menarik. 
Dikurniakan kelebihan dengan sedikit berharta, dianugerahkan sebuah keluarga bahagia di samping suami penyayang dan anak-anak yang membahagiakan termasuk 'kehadiran' sepasang kembar comel. Kisah wanita kerjaya yang berjaya, amat mengujakan.
Beliau menempuh laluan kerjaya yang menarik, seorang pendidik yang juga merupakan Pegawai Kaunselor. Memulakan karier sebagai guru, mendaki ke puncak sebagai Pensyarah yang akhirnya bergelar Dr. Hanna Mardhiah. Ujian bersilih ganti sehingga ke peringkat yang sangat getir telah berjaya ditempuh olehnya sehingga tamat cerita.
Hidup di dunia sememangnya diuji. Pelbagai bentuk ujian, disusuli dengan cadangan penyelesaian beserta hikmahnya  ditonjolkan dengan jalan cerita yang sangat menarik. Kisah cemburu, panas baran, antara 2 darjat, kecurangan, poligami, fitnah, rompakan, kemalangan dan segalanya sangat menusuk sukma. Begitu ramai watak yang terlibat seolah berada di dunia nyata.
Kisah-kisah insan yang kelihatan hebat, namun jauh menusuri ke sudut hati yang sangat lemah. Amat menginsafkan, tiada apa yang boleh dibangga-banggakan dengan kehidupan yang sementara dan tidak perlu dicemburui oleh sesiapa. Setiap orang mempunya cerita suka dan duka masing-masing. Apa yang perlu diharap, hanya kebergantungan kepada Yang Esa. 
Turut dimuatkan kisah mereka yang susah dan perlu dibantu sedaya mungkin. Berbuat baik akhirnya berbalas baik , walaupun pun pada awalnya pelbagai halangan yang perlu ditempuh. Syabas, Bonda Nor. Tahniah! Kisah yang digarap amat bertepatan dengan realiti kehidupan dunia hari ini.
Pelbagai lokasi dipilih dari teratak buruk ke hotel mewah, dari warung ke gedung membeli belah, dari tasik ke padang permainan, dari dewan syarahan ke bilik bersalin, semuanya menggambarkan senario yang berbeza-beza. Dari kisah di bandar hingga kisah di ceruk kampung termasuk perkampungan orang asli. Pelbagai jenis bangunan, model kereta dan gajet terkini turut menjadi hiasan cerita.
Adegan suspen dan sesekali lucu menambah perisa kepada jalan cerita seolah-olah sedang menonton drama di kaca televisyen. Iklan ilmiah turut diselit di pengakhir setiap bab untuk kesegaran minda dan sebagai santapan rohani. Hadiah bermakna dari seorang penulis.
Tips dan petua berguna dalam segala aspek termasuk kesihatan, kecantikkan dan seluruh kehidupan turut dikongsi, pastinya boleh diamal sekiranya mahu. Amalan sepanjang masa yang perlu dilakukan sebagai muslim digambarkan dalam bentuk yang santai.
Lontaran ancaman dan teguran diselitkan melalui dialog dan peristiwa yang berlaku. Semoga para pembaca tersentuh hati, menunjukkan ciri-ciri hati yang lembut dan lunak untuk menerima percikan tarbiah yang cuba disampaikan oleh Bonda Nor dengan cara berhikmah. 
Turut diberi contoh kitab dan rujukan yang boleh diamal untuk penerusan kehidupan di dunia realiti. Paling menarik, resepi kek breng-breng yang boleh dikongsi nikmatnya bersama yang tersayang. Dialog dalam bahasa inggeris yang diselitkan memberi kesan kehidupan sebenar yang dilalui oleh sebahagian masyarakat hari ini. Realiti...
Watak sebenar di alam realiti, Tuan Sheikh Shirazi al-Banjari turut disandarkan kepada jalan cerita dengan mewujudkan Program 'Tafaqquh' 5 hari yang sekaligus mendidik para pembaca di dunia sebenar dengan Seminar Bidayatul Hidayah.
Tidak rugi berbelanja RM24.00 kerana ilmunya melangit, melebihi RM 10 000 yang diinfakkan oleh Saudara Faizal dari Syurga Ilmu Publishing yang menaja 200 buah kitab Bidayatul Hidayah sepanjang program berlangsung.
Kesimpulanya, walau apa yang berlaku di alam dunia samada di dalam buku kecil ini, atau dunia sebenar yang luas, yang penting adalah pengakhirannya. 
Bonda Nor telah dengan jelas menggambarkan 2 pengakhiran hidup ini. Kesudahan dengan ciri-ciri husnul khatimah dan suul khatimah dikisahkan dengan kematian beberapa orang watak berbeza latar belakang. Siapakah mereka? Hanya terjawab dengan menamatkan bacaan "Saya Tunggu Awak".
Saya dan kami mendoakan agar Bonda Nor & Team(dengan izin) sentiasa dikurniakan ruang, ilham dan kemudahan untuk meneruskan agenda dan perancangan yang baik. Mewarnai dan menyerikan dunia dakwah dengan penulisan bermutu tinggi. 
Semoga hasilnya memberi manfaat untuk ummah sejagat. Mendapat kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat serta dijauhkan dari azab api neraka. Husnul khatimah menjadi wawasan, syahid menjadi cita-cita. Amiin...
Apa kata mereka...
"Kenapa tajuk lain, isi lain?"  Muhammad Abdul Salam bin Norawi. 13 Tahun. Pelajar SM Imtiaz Dungun.  Senario : Dibacakan sebahagian isi buku (berupa nasihat) oleh ibunya ketika bersama keluarga di dalam kereta ketika perjalanan balik kampung dari Besut ke Terengganu.
"Saya tungu awak? Tunggu kat syurga?" Muhammad Amir Rizuwan Mohd Saad. 24 Tahun. Staf KSB Kemaman. Seorang bapa muda. Senario : Ditunjukkan kulit buku sepintas lalu oleh kakaknya ketika bersantai bersama keluarga di kampung halaman.
 Jom saksikan... 
 
ALHAMDULILLAH, saya sudah selesai membuat ulasan novel Saya Tunggu Awak.....
Catatan Sumber, FB Bonda Nor :
Alhamdulillah.. saya sebenarnya rasa terharu melihat kebanyakan pembeli2 novel Saya Tunggu Awak 'memposing-posing'kan novel ini sebaik sahaja menerimanya.. macam2 gaya! Sukanya tengok!

Begitu juga saya rasa terharu bila ramai sahabat2 yang sudi memberi komen dan mengulas jalan cerita dan pengisian novel ini. Alhamdulillah, sungguh menginspirasikan! Moga membuka rahmat Allah untuk mengizinkan saya dan sahabat2 penulis lain untuk terus berkarya dan menghasilkan novel2 tarbiah seperti ini lagi. Terima kasih semua!

Baru-baru ini saya berbincang dengan pihak penerbit untuk membuat satu peraduan 'suka-suka' untuk 'suka-suka' menghargai sahabat2 pembaca. Alhamdulillah, semalam wakil dari penerbit telah pun memberitahu saya persetujuan mereka. Jadi ceritanya.. begini..

PERADUAN ULAS DAN MENANG NOVEL SAYA TUNGGU AWAK
1) Pembaca hanya perlu masukkan gambar buku masing2 di wall FB masing-masing.
2) Beri ulasan tentang jalan cerita dan pengisian novel Saya Tunggu Awak. Mulakan ayat anda dengan "ALHAMDULILLAH, saya sudah selesai membaca novel Saya Tunggu Awak..... "
3) Gunakan ejaan Bahasa Melayu yang betul dan hindarkan perkataan singkatan seperti 'yg', 'sbb' dan lain-lain.
4) Tag nama Bonda Nor Novel Dakwah (untuk memudahkan kami mengesan status anda) dan 20 orang sahabat kesayangan anda di gambar tersebut.

Itu sahaja! Mudah, kan?

Okey, 5 pengulas terbaik akan menerima hadiah berupa novel dan majalah sumbangan Galeri Ilmu Media Group, 1 set buku Belajar Membaca Ekspres-i sumbangan KaedahMembaca Ekspres-i, dan satu hadiah misteri dari Bonda Nor..

Peraduan bermula hari ini - 23 Oktober dan tamat pada 23 November 2013. Sebulan sahaja! Jom 'suka-suka' join!

3 comments:

  1. Seronok baca ulasan daripada puan yang menyentuh keseluruhan aspek dari segi watak dan perwatakan, latar tempat dan sebagainya.

    Tahniah dan syabas!

    ReplyDelete
  2. http://kenapaberblog.blogspot.com/2013/12/alhamdulillah-ulas-dan-menang-saya.html?m=1

    ReplyDelete