About Me

My photo

Ibu kepada 4 putera dan 2 puteri, cahayamata bersama-sama Ustaz Norawi Endut. Kini kami menetap di Besut. Pernah bertugas sebagai Pensyarah UiTM Kuala Terengganu manakala suami pernah bertugas di Putrajaya. Sekian lama tinggal berjauhan, saya nekad meninggalkan halaman di Kuala Terengganu untuk mengikut suami yang bertukar ke sini. Dunia baru sebagai suri rumah sepenuh masa di sebuah daerah baru...
Blog  :  http://nolizawatimohdsaad.blogspot.com/ 
Emel :  nolizawatimohdsaad@gmail.com,
FB     :  https://www.facebook.com/notie.saad           
https://www.facebook.com/nolizawati.mohdsaad

Google+ Followers

Pages

Tuesday, 4 February 2014

Hidup Bukan Rahsia...Fikirkanlah

http://wisdomthruwords.blogspot.com/

Sekali pandang macam buku biasa, tapi sebenarnya sentuhannya sangat luar biasa. 

Segala puji bagi Allah yang memberi ilham kepada penulisnya, Zabrina A. Bakar.
  



 http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/2435/35/motivasi/umum/wwp-hidup-bukan-rahsia-anda,-saya-dan-kita.html

Tuesday, 19 November 2013

40 Kisah Motivasi Ajaibnya Doa

Pelbagai kisah dan doa yang menarik.


Sumber : 

http://pustakasyeikhnuruddin.blogspot.com/2013/04/40-kisah-motivasi-ajaibnya-doa.html 

 
http://pustakasyeikhnuruddin.blogspot.com/2013/04/40-kisah-motivasi-ajaibnya-doa.html


40 Kisah Motivasi Ajaibnya Doa menghimpunkan pelbagai doa seperti yang pernah diberi oleh para nabi dan tokoh-tokoh kegemilangan Islam.
........
Semoga buku ini dapat menyedarkan para pembaca bahawa sesungguhnya Allah amat suka mendengar rintihan hamba-hamba-Nya.

Sunday, 17 November 2013

Hendak Susah Ataupun Senang

http://www.superbuy.my/shop/p-67254-hendak-susah-ataupun-senang-9789833586394.aspx

Sumber : http://www.superbuy.my/shop/p-67254-hendak-susah-ataupun-senang-9789833586394.aspx

 
SINOPSIS

Ketahui 53 cara menghindari susah dan mendekati senang.

ISI KANDUNGAN Pendahuluan
  • Bab 1: Sukarnya Menembak Objek Bergerak
  • Bab 2: Jangan Ikut Rentak Lawan
  • Bab 3: Jika Panas, Makan Tepi Dahulu
  • Bab 4: Menetap Hala Tuju
  • Bab 5: Cerita Minyak But-But
  • Bab 6: Tiada Penghalang bagi Bermalas-malas
  • Bab 7: Lebih Baik Berkawan daripada Bermusuh
  • Bab 8: Bahana Penyakit Sombong
  • Bab 9: Jaga Nama, Rezeki Terjaga
  • Bab 10: Jangan Membodohkan Orang Lain
  • Bab 11: Apabila Amanah Diabaikan...
  • Bab 12: Memori Itik dan Kura-Kura
  • Bab 13: Apabila Bikin Tidak Serupa Cakap
  • Bab 14: Apa Buktinya Bagus? Buktikan!
  • Bab 15: Maklum Balas untuk Berjaya
  • Bab 16: Rumah Runtuh Apabila Tidak Didiami
  • Bab 17: Banyak Ruang bagi Ciptaan Baru
  • Bab 18: Senaraikan Impian Anda
  • Bab 19: Tidak Berganjak, Tidak Dapat
  • Bab 20: Saya Suka Ayam, Ikan Suka Cacing
  • Bab 21: Awas Bocor yang Kecil!
  • Bab 22: Bagaimana Layang-Layang Naik ke Udara?
  • Bab 23: Satu Rosak, Semua Tidak Berfungsi
  • Bab 24: Berprasangka Baik Membawa Senang
  • Bab 25: Rahsia Menyusur ke Pangkal Jalan
  • Bab 26: Cuba!
  • Bab 27: Tetapi...
  • Bab 28: Apabila Lembu Terlepas...
  • Bab 29: Jangan Terbalikkan Proses
  • Bab 30: Tidak Ada Garis Tengah
  • Bab 31: Api Fitnah
  • Bab 32: Api Besar Dapat Dipadam dengan Secawan Teh
  • Bab 33: Harga Dilupakan, Kualiti Diingati
  • Bab 34: Jika Ia Sukar Dipercayai....
  • Bab 35: Bahaya Kerut pada Dahi
  • Bab 36: Teliti Tidak Merugikan
  • Bab 37: Penipuan Semakin Kreatif
  • Bab 38: Beritahu Apa yang Anda Lakukan
  • Bab 39: Tetapkan Hala Tuju
  • Bab 40: Dengan Tidak Disangka-sangka…
  • Bab 41: Bagaimana Mempunyai Lebihan Wang?
  • Bab 42: Semuanya Perlu Belajar
  • Bab 43: Pernah Kena Kritik? Sakit bukan?
  • Bab 44: Selamba Apabila Bertemu Musuh
  • Bab 45: Cerita Broker Kaki Lima
  • Bab 46: Ganjaran Lebih Baik daripada Hukuman
  • Bab 47: Orang Masih Melihat Siapa Anda
  • Bab 48: Tunjukkan Kesungguhan
  • Bab 49: Apabila Enjin Sudah Sejuk
  • Bab 50: Piramid Masih Misteri
  • Bab 51: Tetapkan Minat Anda
  • Bab 52: Anda Dapat Apa yang Anda Beri
  • Bab 53: Dunia Pentas Lakonan
Penutup

 
INFO PENULIS

Memulakan karier sebagai penulis sejak 1988, Razzi Armansur mula dikenali sebagai penulis best-seller sejak 1990. Buku pertama beliau berjudul Rahsia Dari Damansara yang diterbitkan sendiri pada tahun 1988. Buku tersebut terjual dengan larisnya dan dikatakan telah membantu puluhan ribu pembacanya memperolehi kebebasan kewangan berpandukan rahsia dan panduan penting dari dalam buku tersebut. 

Pada tahun 1994 seorang usahawan MLM meminta beliau menulis buku panduan untuk usahawan MLM di Malaysia. Pada masa itu industri MLM sedang berkembang pesat. Razzi Armansur membuat kajian yang mendalam tentang industri MLM termasuklah menghadiri ratusan mesyuarat MLM, seminar, kursus, perbincangan, juga menganalisis buku-buku dari luar negara. Hasilnya ialah buku Membina Masa Depan Melalui MLM yang serta-merta menjadi best-seller dan berterusan diulang cetak sejak dari tahun tersebut hingga kini, diterbitkan oleh beberapa penerbit. 

Sejak dari itu juga berderet-deret buku Razzi Armansur mengenai MLM berada di pasaran. Tidak ketinggalan, di antaranya ialah buku-buku inspirasi seperti Hidup Untuk Menang, kesemuanya lebih kurang 20 judul telah diterbitkan sejak 1994. Mulai dari tahun 2003, Razzi Armansur beralih ke bidang portal komuniti siber. 

Beliau bersama rakan karibnya menubuhkan Ukhwah.com, Hanan.com.my, Bicarasiswa.com, Celikit.com, Cyberjawa.com yang mendapat sambutan begitu hebat. Ukhwah.com misalnya berjaya membina komuniti, menghimpunkan lebih 30,000 ahli (2006) dari seluruh dunia berinteraksi secara online dan offline. 

Pada tahun 2006, setelah menjalin kerjasama dengan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, kerana begitu tertarik dengan sistem penerbitan dan pengedaran PTS, kesemua buku-buku best-seller Razzi Armansur diterbitkan semula oleh Walasri Dotcom dengan pengedaran eksklusif oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sebahagian lagi buku-buku beliau diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Selamat membaca...

Tuesday, 12 November 2013

Saya Tunggu Awak - Bonda Nor

 
ALHAMDULILLAH, saya sudah selesai membaca novel Saya Tunggu Awak
Siapa tunggu siapa. Tunggu di mana. Pastinya itu persoalan yang menerjah fikiran apabila melihat tajuk buku ini. Sesungguhnya, sebuah buku kecil ini mempunyai kisah satu dunia yang besar. 
Dunia kehidupan berkeluarga dan berumahtangga, dunia kerjaya yang pelbagai bidang, dunia korporat dan kewangan, pemilikan rumah dan perniagaan, dunia pelajar dan alam menuntut ilmu, dunia kaunseling serta aktiviti kebajikan dan sosial. Dunia yang berbagai-bagai, bolehlah dihayati sendiri dengan membaca buku kecil setebal 633 muka surat yang sangat besar maknanya ini.
Turut dipaparkan sebagai cerita, erti sebuah  persahabatan dan persaudaraan, kisah anak dan menantu, kisah kejiranan, sketsa kehamilan & kelahiran, dunia keibubapaan, percintaan dan pertunangan, perkahwinan dan penceraian, termasuk juga hal-hal berkait perundangan dan mahkamah. Kisah kehidupan berputar tentang penjagaan orang tua dan dunia kanak-kanak tidak dilupakan.
Disajikan juga kisah pelbagai konflik, cabaran dan ujian termasuk juga cerita-cerita perjuangan dan peperangan. Sudah semestinya hiburan dan rekreasi turut diselitkan. Isu semasa yang berkisar tentang tajuk akhbar dan rancangan televisyen juga tidak lupa diketengahkan oleh penulisnya, Bonda Nor.
Dengan pelbagai watak yang yang mendokong kisah, Ustazah Hanna Mardhiah menjadi topik utama. Individu cerdik yang solihah, dihiasi rupa paras yang cantik merupakan pakej yang sangat menarik. 
Dikurniakan kelebihan dengan sedikit berharta, dianugerahkan sebuah keluarga bahagia di samping suami penyayang dan anak-anak yang membahagiakan termasuk 'kehadiran' sepasang kembar comel. Kisah wanita kerjaya yang berjaya, amat mengujakan.
Beliau menempuh laluan kerjaya yang menarik, seorang pendidik yang juga merupakan Pegawai Kaunselor. Memulakan karier sebagai guru, mendaki ke puncak sebagai Pensyarah yang akhirnya bergelar Dr. Hanna Mardhiah. Ujian bersilih ganti sehingga ke peringkat yang sangat getir telah berjaya ditempuh olehnya sehingga tamat cerita.
Hidup di dunia sememangnya diuji. Pelbagai bentuk ujian, disusuli dengan cadangan penyelesaian beserta hikmahnya  ditonjolkan dengan jalan cerita yang sangat menarik. Kisah cemburu, panas baran, antara 2 darjat, kecurangan, poligami, fitnah, rompakan, kemalangan dan segalanya sangat menusuk sukma. Begitu ramai watak yang terlibat seolah berada di dunia nyata.
Kisah-kisah insan yang kelihatan hebat, namun jauh menusuri ke sudut hati yang sangat lemah. Amat menginsafkan, tiada apa yang boleh dibangga-banggakan dengan kehidupan yang sementara dan tidak perlu dicemburui oleh sesiapa. Setiap orang mempunya cerita suka dan duka masing-masing. Apa yang perlu diharap, hanya kebergantungan kepada Yang Esa. 
Turut dimuatkan kisah mereka yang susah dan perlu dibantu sedaya mungkin. Berbuat baik akhirnya berbalas baik , walaupun pun pada awalnya pelbagai halangan yang perlu ditempuh. Syabas, Bonda Nor. Tahniah! Kisah yang digarap amat bertepatan dengan realiti kehidupan dunia hari ini.
Pelbagai lokasi dipilih dari teratak buruk ke hotel mewah, dari warung ke gedung membeli belah, dari tasik ke padang permainan, dari dewan syarahan ke bilik bersalin, semuanya menggambarkan senario yang berbeza-beza. Dari kisah di bandar hingga kisah di ceruk kampung termasuk perkampungan orang asli. Pelbagai jenis bangunan, model kereta dan gajet terkini turut menjadi hiasan cerita.
Adegan suspen dan sesekali lucu menambah perisa kepada jalan cerita seolah-olah sedang menonton drama di kaca televisyen. Iklan ilmiah turut diselit di pengakhir setiap bab untuk kesegaran minda dan sebagai santapan rohani. Hadiah bermakna dari seorang penulis.
Tips dan petua berguna dalam segala aspek termasuk kesihatan, kecantikkan dan seluruh kehidupan turut dikongsi, pastinya boleh diamal sekiranya mahu. Amalan sepanjang masa yang perlu dilakukan sebagai muslim digambarkan dalam bentuk yang santai.
Lontaran ancaman dan teguran diselitkan melalui dialog dan peristiwa yang berlaku. Semoga para pembaca tersentuh hati, menunjukkan ciri-ciri hati yang lembut dan lunak untuk menerima percikan tarbiah yang cuba disampaikan oleh Bonda Nor dengan cara berhikmah. 
Turut diberi contoh kitab dan rujukan yang boleh diamal untuk penerusan kehidupan di dunia realiti. Paling menarik, resepi kek breng-breng yang boleh dikongsi nikmatnya bersama yang tersayang. Dialog dalam bahasa inggeris yang diselitkan memberi kesan kehidupan sebenar yang dilalui oleh sebahagian masyarakat hari ini. Realiti...
Watak sebenar di alam realiti, Tuan Sheikh Shirazi al-Banjari turut disandarkan kepada jalan cerita dengan mewujudkan Program 'Tafaqquh' 5 hari yang sekaligus mendidik para pembaca di dunia sebenar dengan Seminar Bidayatul Hidayah.
Tidak rugi berbelanja RM24.00 kerana ilmunya melangit, melebihi RM 10 000 yang diinfakkan oleh Saudara Faizal dari Syurga Ilmu Publishing yang menaja 200 buah kitab Bidayatul Hidayah sepanjang program berlangsung.
Kesimpulanya, walau apa yang berlaku di alam dunia samada di dalam buku kecil ini, atau dunia sebenar yang luas, yang penting adalah pengakhirannya. 
Bonda Nor telah dengan jelas menggambarkan 2 pengakhiran hidup ini. Kesudahan dengan ciri-ciri husnul khatimah dan suul khatimah dikisahkan dengan kematian beberapa orang watak berbeza latar belakang. Siapakah mereka? Hanya terjawab dengan menamatkan bacaan "Saya Tunggu Awak".
Saya dan kami mendoakan agar Bonda Nor & Team(dengan izin) sentiasa dikurniakan ruang, ilham dan kemudahan untuk meneruskan agenda dan perancangan yang baik. Mewarnai dan menyerikan dunia dakwah dengan penulisan bermutu tinggi. 
Semoga hasilnya memberi manfaat untuk ummah sejagat. Mendapat kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat serta dijauhkan dari azab api neraka. Husnul khatimah menjadi wawasan, syahid menjadi cita-cita. Amiin...
Apa kata mereka...
"Kenapa tajuk lain, isi lain?"  Muhammad Abdul Salam bin Norawi. 13 Tahun. Pelajar SM Imtiaz Dungun.  Senario : Dibacakan sebahagian isi buku (berupa nasihat) oleh ibunya ketika bersama keluarga di dalam kereta ketika perjalanan balik kampung dari Besut ke Terengganu.
"Saya tungu awak? Tunggu kat syurga?" Muhammad Amir Rizuwan Mohd Saad. 24 Tahun. Staf KSB Kemaman. Seorang bapa muda. Senario : Ditunjukkan kulit buku sepintas lalu oleh kakaknya ketika bersantai bersama keluarga di kampung halaman.
 Jom saksikan... 
 
ALHAMDULILLAH, saya sudah selesai membuat ulasan novel Saya Tunggu Awak.....
Catatan Sumber, FB Bonda Nor :
Alhamdulillah.. saya sebenarnya rasa terharu melihat kebanyakan pembeli2 novel Saya Tunggu Awak 'memposing-posing'kan novel ini sebaik sahaja menerimanya.. macam2 gaya! Sukanya tengok!

Begitu juga saya rasa terharu bila ramai sahabat2 yang sudi memberi komen dan mengulas jalan cerita dan pengisian novel ini. Alhamdulillah, sungguh menginspirasikan! Moga membuka rahmat Allah untuk mengizinkan saya dan sahabat2 penulis lain untuk terus berkarya dan menghasilkan novel2 tarbiah seperti ini lagi. Terima kasih semua!

Baru-baru ini saya berbincang dengan pihak penerbit untuk membuat satu peraduan 'suka-suka' untuk 'suka-suka' menghargai sahabat2 pembaca. Alhamdulillah, semalam wakil dari penerbit telah pun memberitahu saya persetujuan mereka. Jadi ceritanya.. begini..

PERADUAN ULAS DAN MENANG NOVEL SAYA TUNGGU AWAK
1) Pembaca hanya perlu masukkan gambar buku masing2 di wall FB masing-masing.
2) Beri ulasan tentang jalan cerita dan pengisian novel Saya Tunggu Awak. Mulakan ayat anda dengan "ALHAMDULILLAH, saya sudah selesai membaca novel Saya Tunggu Awak..... "
3) Gunakan ejaan Bahasa Melayu yang betul dan hindarkan perkataan singkatan seperti 'yg', 'sbb' dan lain-lain.
4) Tag nama Bonda Nor Novel Dakwah (untuk memudahkan kami mengesan status anda) dan 20 orang sahabat kesayangan anda di gambar tersebut.

Itu sahaja! Mudah, kan?

Okey, 5 pengulas terbaik akan menerima hadiah berupa novel dan majalah sumbangan Galeri Ilmu Media Group, 1 set buku Belajar Membaca Ekspres-i sumbangan KaedahMembaca Ekspres-i, dan satu hadiah misteri dari Bonda Nor..

Peraduan bermula hari ini - 23 Oktober dan tamat pada 23 November 2013. Sebulan sahaja! Jom 'suka-suka' join!